Bolt (dua dari kiri) melintasi garisan selaku pemenang pingat emas mengatasi Justin (kanan sekali).FOTO REUTERS
Bolt (dua dari kiri) melintasi garisan selaku pemenang pingat emas mengatasi Justin (kanan sekali).FOTO REUTERS
AFP

Rio de Janeiro: Usain Bolt tidak berdepan masalah mengenepikan pencabarnya untuk meraih pingat emas ketiga berturut turut penuh bersejarah dalam saingan 100 meter lelaki Sukan Olimpik.

Malah, dia turut menggelar diri dengan rasa yakin ‘akan terus diingati’ sehingga ke penghujung Sukan Olimpik Rio.

Pelari pecut Jamaica itu menewaskan musuh ketat utama dari Amerika Syarikat Justin Gatlin untuk meraih pingat paling berharga pada temasya Olimpik dengan mencatat masa 9.81s.

Biarpun tidak memecahkan rekod dunia 9.58s tetapi Bolt tetap gembira dengan pencapaiannya.

"Seseorang mengatakan saya akan terus diingati. Dua pingat lagi untuk disudahkan dan boleh bersara selepas itu. Saya akan terus hidup," kata Bolt mengatakan ia akan menjadi pentas Olimpik terakhirnya.

Bolt berkata dia terkejut dengan ‘ejeken’ dilemparkan kepada Gatlin yang sebelum ini dua kali diharamkan kerana doping.

Kejayaan diraih pemegang rekod dunia itu meletakkannya bersendirian dalam sejarah 120 tahun acara pecut Olimpik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2016 @ 5:43 PM