LOKASI kejadian. FOTO ihsan pembaca
Mohd Shukor Amin


Sabak Bernam: Dua remaja maut dalam kemalangan dua motosikal di persimpangan Jalan Tali Air 6 Ban 3, dekat Sekinchan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, Nor Siti Muskathy Dewi Musa, 16, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala MuhammadFaizal Hanafi, 18, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tanjong Karang kira-kira 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, remaja perempuan itu menunggang motosikal Modenas CT dari arah Jalan Ban 3 manakala remaja lelaki menunggang motosikal Yamaha LC dari jalan besar menuju Ban Kanal (Jalan Terusan Utama).

"Hasil siasatan dipercayai remaja perempuan itu keluar dari simpang Ban 3 hendak menuju ke rumahnya di Tali Air 8 sebelum dirempuh motosikal ditunggang remaja lelaki itu.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2016 @ 8:11 PM