Sudirman Mohd Tahir


Dengan jumlah pengikut di laman sosial Instagram mencecah 2.1 juta menjadikan si comel Lara Alana sebagai kanak-kanak paling popular di Malaysia.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, kanak-kanak berusia dua tahun ini makin meninggalkan populariti yang dikecapi ibu bapanya yang juga selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Perkara itu turut diakui Awal, 36, apabila melihat kebanyakan peminat sekarang lebih tertumpu kepada Lara berbanding dia dan isterinya.

“Sejak Lara lahir hingga sekarang, apa yang saya perasan ialah peminat dan orang sekeliling lebih menumpukan perhatian terhadapnya berbanding kami. Secara peribadi saya melihat Lara mempunyai pengikut yang terlalu menyayanginya. Pendek kata sokongan diberikan lebih 100 peratus.

Dapatkan akhbar Harian Metro hari ini untuk berita lanjut

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2016 @ 7:56 AM
LARA Alana.