Jenazah Harun diusung untuk dikebumikan. FOTO Nazirul Roselan
Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman


Raub: Jenazah Ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 50, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Talam, di sini, 11.30 pagi tadi.

Majlis pengkebumian itu turut dihadiri penduduk dan kaum keluarga terdekatnya.

Suasana suram menyelubungi persekitaran tanah perkuburan dengan tangisan daripada ahli keluarganya.

Harun disahkan meninggal dunia 4.30 petang semalam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, ketika menjalani pemeriksaan kesihatan.

Dia yang menghidap angin ahmar sejak 2013 menjalani pemeriksaan kesihatan bagi membolehkannya memberikan keterangan pada prosiding membela diri di Mahkamah Tinggi Kuantan terhadap kes pembunuhan Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek pada 10 November 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2016 @ 12:24 PM