Oleh Dr Ismail Thamby

Saya berusia 24 tahun. Masalah saya adalah zakar bengkok ke sebelah kanan. Keadaan ini memberi tekanan kerana asyik berfikir untuk meluruskannya semula. Saya pernah mendengar mengenai sejenis alat iaitu andropenis, tetapi tidak pasti mengenainya.

Saya juga gemar melakukan seks oral bagi memuaskan pasangan. Kadangkala saya tertelan cecair yang dikeluarkan oleh faraj pasangan saya ketika dia terangsang. Pasangan saya juga kerap tertelan air mani saya. Adakah ini akan memudaratkan saya dan pasangan?

ZEK

Alor Star, Kedah

Zakar yang bengkok atau melengkung ketika ereksi hanya menjadi masalah jika ia menyukarkan lelaki melakukan hubungan seksual penetratif dengan pasangan.

Jika boleh masuk dan tidak memberi tekanan kepadanya atau pasangan, perkara itu tidak perlu dirisaukan. Yang menimbulkan masalah adalah pada peringkat awal keadaan biasa, tetapi kelamaan kebengkokan menjadi ketara dan menyukarkan persetubuhan.

Waktu itu mustahak untuk mendapatkan rawatan sesuai. Sebelum ini rawatan yang ada adalah pembedahan, tetapi kini ada cara mengunakan alat penarik zakar atau andropenis. Keberkesannya lebih 97 peratus . Bagaimanapun, dalam pasaran ada juga alat tiruan yang tiada piawaian dan jika dipakai akan menjejaskan anggota sulit. Jadi jangan tertipu.

Seks oral hanya digalakkan kepada pasangan kelamin yang berkahwin. Ia bukan seks luar tabii dan tiada halangan dalam pandangan Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:00 AM