NO Man’s Sky beri kelainan di Playstation 4 dan PC.
NO Man’s Sky beri kelainan di Playstation 4 dan PC.
NO Man’s Sky beri kelainan di Playstation 4 dan PC.
NO Man’s Sky beri kelainan di Playstation 4 dan PC.
Hazril Md Nor


Permainan video berkonsepkan dunia terbuka mungkin kedengaran menarik. Namun, kebiasaannya ia dibangunkan oleh syarikat terkemuka seperti Blizzard dan Rockstar Games.

Bagaimanapun, syarikat Hello Games dari British yang juga pembangun permainan video Joe Danger cuba mencipta kelainan dengan keluaran terbaru, No Man’s Sky di Playstation 4 dan PC.

Kumpul sumber

Permainan video ini sentiasa berevolusi dan berkisarkan mengenai pengembaraan anda ke berbilion planet lain mencari sumber yang cukup dan menaik taraf kelengkapan.

Realitinya, konsep ini bukanlah baru kerana No Man’s Sky meminjam elemen serupa boleh dilihat dalam Minecraft dan The Forest.

Di setiap planet diteroka anda akan menjumpai haiwan liar dalam pelbagai bentuk malah terdapat robot penjaga Sentinels menjamin kesinambungan planet itu

Sebagai contoh, setiap robot pengawal akan menyerang anda jika didapati bersalah mengaut terlalu banyak sumber ataupun membunuh fauna secara berleluasa.

Dari segi pertarungan pula, tiada elemen menarik ditemui. Ia serupa seperti konsep penembakan tunggal dan senjata digunakan pula futuristik memandangkan latar masa depan digunakan.

Naik taraf kelengkapan

Satu faktor menarik mendorong pemain untuk terus bermain ialah sistem data digunakan iaitu Atlas.

Difahamkan, pemain ditempat­kan dalam satu ‘server’ yang sama dan boleh bertukar koordinat planet bersama kawan.

Data mengenai planet akan dikumpul dan dimuat naik ke dalam Atlas untuk mendapatkan units, matawang digunakan dalam permainan itu.

Units kemudian boleh digunakan untuk menaik taraf kelengkapan dan kapal angkasa lebih berkuasa untuk meneroka galaksi dan meningkat­kan tahap ‘survival’ di planet lebih berbahaya.

Menariknya mengenai Atlas, ia digunakan untuk menempatkan koordinat planet sekali gus membolehkan pemain lain akses planet yang mempunyai rekod tanpa perlu bersusah payah mencari satu persatu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2016 @ 2:11 PM