Kini hamil anak kedua mencecah usia lima bulan. FOTO terbakor.com
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Yasmin Hani, 37, mengesahkan dia kini hamil anak kedua dan usia kandungannya kini mencecah lima bulan.

Yasmin berkata, dia dan suami memang merancang untuk menimang anak kedua selepas anak sulung mereka, Noah Ismail Wong yang berusia tiga tahun.

€œAlhamdulillah, impian kami untuk menambah zuriat tahun ini tercapai. Kami merancang anak kedua ini kerana Noah semakin membesar dan senang untuk dijaga. Doakan semoga semuanya berjalan lancar. Saya bersyukur kerana tidak mengalami alahan teruk seperti wanita lain,"katanya yang turut mengidam makanan-makanan ‘pelik’ namun enggan memaklumkannya.

Yasmin berkata, dia sengaja tidak menghebahkan berita gembira itu awal-awal kerana mahu memastikan anak dalam kandungan benar-benar selamat.

"Bagi saya, apabila usia kandungan sudah mencecah empat bulan ke atas barulah saya sedia untuk berkongsi. Lagipun saya tidak mahu sorok berita baik ini terlalu lama," katanya yang bersalin hujung tahun ini.

Dalam pada itu, Yasmin juga enggan mendedahkan jantina anaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2016 @ 8:46 PM