Skip this ad x
PEMAIN Belanda meraikan kemenangan.
AFP

Rio de Janeiro: Belanda mengekalkan aksi mantap untuk memenangi emas ketiga berturut-turut dalam acara hoki wanita di temasya Olimpik selepas menundukkan Jerman dalam penentuan penalti di separuh akhir.

Kedudukan terikat 1-1 selepas tamat perlawanan dengan Belanda muncul juara selepas menang 4-3 menerusi penentuan penalti, akan bertemu Britain untuk penentuan emas.

Britain melangkah ke final Olimpik buat pertama kali selepas menundukkan New Zealand 3-0.

Ellen Hoog menjaringkan gol kemenangan Belanda ketika penentuan penalti.

“Pada mulanya saya sedikit ragu-ragu kerana saya terlepas pukulan pertama namun saya percaya dengan pukulan shoot-out jadi saya fikir, ‘saya tidak akan melepaskannya buat kali kedua,” kata Ellen yang gagal pada percubaan pertama.

“Jadi saya percaya dan saya berasa pasukan juga menaruh kepercayaan kepada saya tapi selepas menjaringkan gol, saya tidak pasti apa yang berlaku. Apa yang penting saya berasa lega dan kami menang hari ini.”

Lisa Altenburg yang bertanggungjawab atas kegagalan pukulan pertama dari empat penalti Jerman berkata: “Penalti saya tidak begitu baik. Ia sesuatu yang teruk.”

Jerman adalah pasukan terakhir yang menewaskan Belanda di Olimpik pada 2004.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2016 @ 10:11 AM