Sofyan Rizal Ishak


Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd menganjurkan Siri Jelajah 'Samsung Galaxy of Possibilities' yang mempamerkan peranti Galaxy terkini, Galaxy Note7 dan peranti boleh pakai (wearables) Samsung iaitu Gear Fit2, IconX, Gear 360 dan Gear VR baru bermula 19 hingga 21 Ogos 2016.

Naib Presiden Teknologi Maklumat dan Unit Perniagaan Mudah Alihnya, Lee Jui Siang berkata, syarikat membawa inovasi terbaik Samsung kepada orang ramai melalui siri jelajah terbabit dan berharap mereka akan menikmati pengalaman ekosistem Samsung Galaxy yang lengkap.

"Kami berusaha untuk memahami keperluan individu dan mahu mewujudkan inovasi di mana kami bekerja ke arah menginspirasikan dunia serta mewujudkan masa depan melalui inovasi kami," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.  

Beliau berkat, pengguna berpeluang untuk mendaftarkan minat dan pengalaman mereka terlebih dahulu menjelang ketibaan Galaxy Note7 yang dijadualkan pada September ini melalui Siri Jelajah Samsung Galaxy of Possibilities ini.

"Mereka berpeluang merasai sendiri peranti terbaru itu dan ekosistem yang melengkapinya di acara ini melalui beberapa aktiviti yang menyeronokkan. Mereka juga boleh membawa pulang mug karikatur peribadi selepas melengkapkan aktiviti sebagai cenderamata.

"Untuk menikmati pengalaman realiti maya lengkap, pengguna juga boleh mencuba teater Gear VR dengan 4 dimensi (4D)," katanya.

Siri Jelajah Samsung Galaxy of Possibilities pada minggu ini akan berlangsung di empat lokasi seluruh negara iaitu Sunway Pyramid, Selangor; Quensbay Mall, Pulau Pinang; Aeon Tebrau City, Johor dan Kuantan Parade, Pahang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2016 @ 8:46 PM