LOFA bergurau mahu cari jejaka ‘mat salih’ yang tidak kenal dia siapa.
LOFA bergurau mahu cari jejaka ‘mat salih’ yang tidak kenal dia siapa.
Rudy Imran Shamsudin


Pada pandangan orang, pelakon dan pengacara Neelofa, 27, memiliki segala-galanya. Dalam usia muda, dia kini bergelar jutawan dan mampu memiliki apa saja dihajati.

Bakal menunaikan haji bersama keluarga tidak lama lagi, pengacara program MeleTop ini tidak pernah bertuah dalam soal cinta.

Melihat situasi itu, pasti ramai berpendapat Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor payah bertemu jodoh kerana ramai lelaki takut mendekatinya.

Berbicara soal ini, sewaktu ditemui Lofa berkata, dia melihat perkara itu sebagai satu daripada dugaan kepadanya.

“Allah sedang menguji, besar nikmat yang dilimpahkan bermakna besar juga dugaan yang datang. Begitupun, doa saya tidak pernah putus agar suatu hari Allah datangkan kepada saya seorang lelaki, tidak saja mampu membahagiakan tetapi juga boleh membimbing saya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2016 @ 5:04 AM