MAYAT mangsa dibawa turun. FOTO Amrullah Abdul Karim
MAYAT mangsa dibawa turun. FOTO Amrullah Abdul Karim
Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Seorang wanita maut manakala seorang lagi patah tangan apabila terjatuh di kawasan gaung di Latar Medang, Bukit Kutu di sini, 2 petang tadi.

Mangsa, Dayana Shafiqah Zainudin, 24, cuba diberi rawatan kecemasan oleh pendaki yang menemuinya namun gagal manakala rakannya, Aisyah Farina Zaidi, 22, dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) .

Jurucakap bomba berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 2.02 petang.

"Mangsa yang maut dikatakan mengalami pendarahan yang banyak di mulut dan hidung menyebabkan usaha menyelamatkannya sukar.

"Mayat mangsa dibawa turun dan dihantar ke Unit Forensik HKKB untuk bedah siasat," katanya kepad Harian Metro.

Menurutnya, mangsa mendaki bersama sekumpulan pendaki di bukit itu dan bomba serta polis kini menjejaki kumpulan itu bagi menyiasat punca sebenar kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2016 @ 5:54 PM