Instagram Zarina mengenai kelahiran anaknya.
Michelle Gun


Kuala Lumpur: Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 8.30 pagi Jumaat lalu, di Brunei.

Zarina ketika dihubungi berkata, sebelum ini dia menyangka anak sulungnya yang dilahirkan di sebuah hospital di Brunei itu perempuan.

"Saya belum lagi memikirkan nama untuknya kerana sebelum ini menyangka akan dapat anak perempuan, rupa-rupanya lelaki," katanya.

Pelakon drama bersiri Anak Pontianak itu turut berkongsi berita kelahiran di akaun Instagram bersertakan gambar bayinya.

"Selepas dua hari melalui kesakitan bersalin, akhirnya saya dapat bertemu si ‘Awang’ kecil saya," katanya di Instagram.

Zarina kini menetap di Brunei selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2016 @ 6:30 PM