PEMAIN Liverpool Jordan Henderson (kiri) dan pemain Burnley Scott Arfield bersaing merebut bola.
AFP

Burnley, United Kingdom: Jurgen Klopp mengakui bingung dengan kekalahan mengejut Liverpool di tangan Burnley biarpun menikmati lebih 80 peratus penguasaan padang, namun masih tewas 0-2 kepada pendatang baru liga berkenaan musim ini.

Klopp, pengurus Reds mengakui beliau dan pasukannya sebenarnya menyaksikan 90 peratus penguasaan bola di Turf Moor kelmarin namun gagal mencipta walau satu peluang berharga apabila dua jaringan separuh masa pertama Sam Vokes dan Andre Gray memberikan pasukan Sean Dyche mata pertama musim ini.

“Bagaimana saya boleh gembira dengan perkara ini?” soal Klopp.

“Apabila kami bolos gol pertama, mereka bertahan sepenuh jiwa. Kedua-dua penyerang mereka Andre Gray dan Sam Vokes memang bekerja keras.

“Kami sememangnya tidak bernasib baik dan semua orang perlu lebih cekap.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2016 @ 5:10 AM