PEGAWAI kanan DBKL bergelar Datuk Seri disambung reman. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini melanjutkan perintah reman kepada pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergelar Datuk Seri selama lima hari bermula esok.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman.

Sebelum ini, suspek berusia 54 tahun itu ditahan reman selama seminggu bermula 16 Ogos lalu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Suspek ditahan di pejabatnya di Kuala Lumpur pada 15 Ogos lalu menerusi operasi serentak dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2016 @ 11:19 AM