ARJUN (belakang, tujuh kiri) bersama rakan kongsi ketika majlis pelancaran. FOTO Nurul Shafina Jemenon
Nabil Basaruddin


Kuala Lumpur: Maxis Berhad (Maxis) menawarkan pulangan tunai sehingga 50 peratus di lebih 500 laman Web e-dagang kepada semua ahli MaxisONE Club.

Ketua Pascabayar Maxis, Arjun Varma berkata, tawaran berkenaan yang diperkenalkan itu dijangka dapat dinikmati kira-kira satu juta ahlinya sekali gus menjamin kepuasan dan pengalaman pemilikan.

"Ahli MaxisONE Club kini dapat memanfaatkan pelbagai penjimatan apabila membeli-membelah secara atas talian melalui portal ShopBack.

"Malah, setiap ahli MaxisONE Club juga bakal menerima pulangan tunai bernilai RM20 apabila mendaftar di ShopBack," katanya pada majlis pengenalan MaxisONE Club di sini, hari ini.

Antara kelebihan MaxisONE Club adalah ahlinya berpeluang menerima tawaran eksklusif RM1 di Lazada pada sesi promosi Pay Day iaitu promosi khas sempena setiap kali hari gaji.

Lebih menarik, melalui segmen Pay Day pelanggan berpeluang membeli barangan elektrtik antaranya televisyen Samsung, Sony PlaySation4s dan kamera aksi lasak, GoPro dengan hanya RM1 pada setiap 28 hingga 30 haribulan setiap bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2016 @ 7:02 PM