SEORANG anggota trafik Thai memegang papan tanda kempen larangan bermain Pokemon Go sambil memandu,
Agensi

Bangkok: Polis Thai sudah bersedia untuk menangkap pengguna jalan raya dan pejalan kaki yang bermain Pokemon Go di 10 jalan utama di bandar raya ini sebagai usaha mengurangkan kemalangan berpunca daripada permainan itu.

Sepasukan 50 anggota yang lengkap dengan kamera telefon bimbit akan meronda jalan raya berkenaan dan merakam mereka yang melanggar peraturan, kata pemangku ketu polis Bangkok, Sanit Matahavorn.

Langkah itu bertujuan mengehadkan kawasan tempat pemain boleh menangkap makhluk maya.

Sepuluh jalan raya utama akan diisytihar zon tanpa pemburu Pokemon kerana pihak berkuasa mendapati jumlah kemalangan di kawasan itu semakin meningkat kesan daripada bermain permainan berkenaan.

Pemain yang ditangkap bermain Pokemon Go di kawasan yang dilarang itu akan didenda 1,000 baht (RM12). - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2016 @ 8:03 AM