PROTON Persona baru. FOTO Syamil Firdaus
Erywan Norshal


Shah Alam: Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan kereta kategori segmen baru menerusi Persona di sini, hari ini.

Sebanyak empat model ditawarkan iaitu Standard MT, Standard CVT, Executive CVT dan Premium CVT.

Keempat-empat model itu menggunakan enjin 1.6 Liter VVT yang menyalurkan 107hp dengan tork setinggi 150Nm.

Tahap penggunaan bahan api mencatatkan purata 5.6 liter bagi 100 kilometer, selain kedapan bunyi dipertingkatkan untuk memberi ketenangan ketika memandu.

Pada masa sama model berkenaan menerima pengiktirafan lima bintang ASEAN NCAP selepas dilengkapi enam beg udara bagi spesifikasi tertinggi iaitu Premium dan dua beg udara bagi varian lain.

Ia turut didatangkan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Bantuan Brek (BA), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Brek Antikunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD).

Struktur badan lebih kuat bagi meningkatkan keselamatan penumpang apabila menggunakan inovasi terkini iaitu teknologi Hot Press Forming.

Kenderaan itu disasarkan kepada golongan muda yang dijual pada harga mengikut varian berbeza:

• Standard MT: RM46,800

• Standard CVT: RM49,800

• Executive CVT: RM55,800

• Premium CVT: RM59,800

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2016 @ 2:02 PM