Rom: Satu gempa bumi berukuran kira-kira 6.2 pada skala Richter menggegarkan pertengahan Itali, hari ini.
Gempa yang berlaku kira-kira 3.30 pagi waktu tempatan (9.30 pagi waktu Malaysia) itu berpusat 10 kilometer tenggara Norcia, Perugia.
Gegaran turut dirasai di Rom yang terletak 150 kilometer dari pusat gempa.
Setakat ini tidak ada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa dalam kejadian itu.
Bagaimanapun, stesen radio tempatan melaporan, penduduk di beberapa kawasan bertempiaran lari ke jalan raya sejurus selepas gempa bumi.