Najib melihat replikan projek LRT3 di Stadium Melawati, petang tadi. FOTO Khairull Azry Bidin
Hairulazim Mahmud

Shah Alam: Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dengan jajaran laluan dari Bandar Utama, Petaling Jaya ke Johan Setia, Klang.

Perdana Menteri berkata, projek bernilai RM9 bilion itu akan memberikan manfaat kepada 2 juta penduduk di sepanjang laluan sepanjang 37 kilometer.

"Projek ini dijadualkan siap pada 31 Ogos 2020," katanya pada majlis pelancaran projek berkenaan di Stadium Melawati di sini.

Kerja-kerja pembinaan LRT3 dijadualkan bermula awal 2017.

Projek itu dimiliki oleh Prasarana Malaysia Berhad.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2016 @ 10:35 PM