Georgie Joseph


Penyanyi Goo Hara sekali lagi menjadi sebutan netizen selepas dikatakan tidak sensitif terhadap isu pedofilia.

Semuanya gara-gara penyanyi berkenaan menjadi pengikut kepada sebuah akaun Instagram menggunakan kata nama @juan9ann yang memaparkan foto tidak senonoh.

Akaun itu menarik perhatian selepas himpunan fotonya seakan-akan menyokong golongan pedofilia iaitu golongan dewasa yang bernafsu terhadap kanak-kanak.

Disebabkan akaun berkenaan, wujud perdebatan yang sesetengah peminat mendakwa ia cuma akaun hasil seni foto. Bagaimanapun, beberapa foto terbarunya jelas memberi gambaran akaun itu menyokong golongan pedofilia.

Lantas, meskipun tidak pasti apa niat Goo Hara menjadi pengikut akaun itu, netizen tetap berasakan dia tidak sepatutnya bertindak demikian.

Sebagai figura terkenal, ia hanya akan memberikan pelbagai tanggapan negatif terhadapnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2016 @ 9:33 AM