Eddy Silitonga yang menghidap diabetis kronik meninggal dunia hari ini. - Foto Instagram eddysilitonga
Eddy Silitonga yang menghidap diabetis kronik meninggal dunia hari ini. - Foto Instagram eddysilitonga
BERNAMA

Jakarta: Penyanyi pop Indonesia yang turut popular di Malaysia pada 1970-an dan 1980-an, Eddy Silitonga, 65, meninggal dunia hari ini, selepas dua minggu dimasukkan ke Hospital Fatmawati di sini, kerana diabetis kronik.

Anak lelakinya, Marco mengumumkan kematian bapanya di laman sosial sebelum disiarkan media online dan televisyen tempatan.

"Ayah saya, Eddy Silitonga meninggal dunia pada 12.05 pagi tadi di Rumah Sakit Fatmawati, Jakarta Selatan," kata Marco dalam kenyataannya di laman sosial.

Antara lagu Eddy yang dipopularkan artis Malaysia ialah "Syurga Di bawah Telapak Kaki Ibu" nyanyian Aishah.

Lagu-lagunya yang lain ialah Bunga Tanjong, Lancang Kuning, Bunga Pujaan dan Jatuh Cinta.

Penyanyi itu dikejarkan ke Hospital Fatmawati, Jakarta Selatan, dua minggu lalu, selepas mengadu sesak nafas.

Eddy berasal dari Permatang Siantar, Sumatera Utara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2016 @ 8:01 PM