BOTOL plastik dipercayai diisi minyak tanah ditemui berhampiran tempat kejadian.
BOTOL plastik dipercayai diisi minyak tanah ditemui berhampiran tempat kejadian.
KERETA yang rosak teruk akibat perbuatan khianat.
KERETA yang rosak teruk akibat perbuatan khianat.
Oleh Isma Ismail

Johor Bahru: Dua kereta rosak teruk selepas terbakar dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat dalam dua kejadian berasingan di Taman Selesa Jaya dan Kampung Kangkar Tebrau di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pertama kira-kira 8 malam, sebuah kereta rosak teruk di bahagian belakang dipercayai dibakar.

Satu botol plastik yang dipercayai diisi minyak tanah ditemui berhampiran tempat kejadian di Jalan Silat Lincah 4.

Kejadian kedua pula berlaku kira-kira 11.30 malam apabila sebuah lagi kereta hangus terbakar.

Kereta yang masih belum dapat dikenal pasti pemiliknya itu dikatakan sedang parkir di Jalan Tun Teja, Kampung Kangkar Tebrau.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau dan Pulai dipanggil bagi memadam kebakaran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 9:19 AM