Shamsul Munir Safini


Bukit Mertajam: Lelaki didakwa menyebabkan kematian penjual buah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Ooi Chang Ang, 60, dituduh menyebabkan kematian Ong Ting Sang, 61, di Taman Sri Kijang, Machang Bubok di antara 4.45 petang hingga 5.15 petang 18 Ogos lalu.

Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Peguambela, Rafael Abdullah memohon mahkamah agar membenarkan anak guamnya mendapatkan rawatan di Hospital Bukit Mertajam ekoran masalah sakit belakang kepala dialaminya.

Jamaliah membenarkan Ooi mendapatkan rawatan atas faktor usia dan menetapkan 25 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pertuduhan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Jailix Amindang.

Dalam kejadian minggu lalu Ting San cedera di rusuk dan belakang akibat ditikam pada 5 petang berhampiran gerainya di Taman Sri Kijang, Machang Bubok di sini.

Ting San didakwa menjual buah durian tidak masak kepada lelaki berkenaan menyebabkan dia berang dan menyerang mangsa.

Peniaga itu lari ke rumah berdekatan untuk menyelamatkan diri ketika diserang namun meninggal dunia kira-kira lima jam kemudian di Hospital Seberang Jaya.

Berita berkaitan:

Penjual durian mati ditikam

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Ogos 2016 @ 10:22 AM
ÀNGGOTQA polis mengiringi tertuduh di Mahkamah Bukit Mertajam. FOTO Danial Saad