Salman Hamat


Melaka: Hujan renyai pagi ini mengiringi pengebumian tiga beranak yang mati dibunuh di Kampung Bertam Malim, di sini, semalam.

Jenazah Hassan A Wahab, 72, isterinya Mariah Baharin, 61, dan anak lelaki mereka Muhammad Taufeq Hassan, 22, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bertam Malim 11.40 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah tiga beranak itu dituntut ahli keluarga dari Jabatan Forensik Hospital Melaka, pada 9.30 bagi sebelum dibawa ke Masjid Al-Faizin Kampung Bertam Malim untuk disembahyangkan.

Jenazah kemudian dibawa menggunakan tiga van tiba di tanah perkuburan pada 10.40 pagi dengan diiringi, lebih 400 ahli keluarga, waris dan rakan ketiga-tiga arwah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Ogos 2016 @ 11:57 AM
ANTARA ahli keluarga tidak dapat menahan hiba dengan pemergian tragis tiga beranak. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
KETIGA-tiga jenazah selamat dikebumikan. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan