Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Lapan individu ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan kontrak syarikat cari gali minyak bernilai RM76 juta.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, hari ini.

Mereka yang ditahan reman termasuk lima lelaki dan tiga wanita yang terdiri daripada pengurus dan pengurus projek syarikat serta enam kontraktor.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, mereka ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kontrak syarikat cari gali minyak dipercayai berkaitan projek pembinaan saluran paip di selatan tanah air.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Ogos 2016 @ 2:14 PM