FOTO Rosli Ilham
FOTO Rosli Ilham


Kuantan: Sembilan pemandu bas ekspres disaman selepas didapati memandu melebihi had laju di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), di sini, awal pagi ini.

Mereka disaman dalam Operasi Bersepadu Jabatan Siasatan dan Pengkuatkuasaan Trafik Bukit Aman.

Selain itu, 19 lagi pemandu turut disaman kerana kesalahan sama.

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Siasatan dan Trafik Bukit Aman, Superintendan Mustafa Bakri Salleh, berkata pihaknya perangkap had laju dipasang di Kilometer 40 di Karak dan Kilometer 90 di Temerloh.

Menurutnya, pemandu yang dikesan memandu melebihi had laju itu kemudiannya ditahan di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang.

Katanya, operasi itu bermula jam 11 malam dan berakhir 3 pagi.

Menurutnya, ia membabitkan 57 anggota trafik dibantu Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK).

"Operasi kali ini memberi tumpuan kepada kenderaan perdagangan termasuk bas ekspres, lori dan sebagainya, kami akan meneruskan operasi ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Ogos 2016 @ 12:03 PM