Saiful Affendy Sapran


RATU skuasy negara, Datuk Nicol David tewas dalam saingan separuh akhir Terbuka Hong Kong, hari ini.

Dia tewas 9-11, 7-11, 13-11, 9-11, kepada bintang muda dari Mesir, Nouran Gohar, di Pusat Sukan Hong Kong.

Nicol turut gagal meneruskan misi untuk memenangi Terbuka Hong Kong buat kali ke-11 berturut-turut.

Pemain negara yang baru menyambut hari lahir ke-33, semalam, tewas dalam pertemuan 57 minit.

Ketinggalan dua set, Nicol dilihat bergelut untuk memenangi set ketiga sebelum gagal menyekat kemaraan lawannya berusia 18 tahun itu di set keempat.

Nouran yang baru saja memenangi Kejohanan Remaja Dunia di Poland, akan bertemu pemain Amerika Syarikat (AS) Amanda Sobhy pada aksi perlawanan akhir, esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Ogos 2016 @ 9:28 PM