AFZAN bersama isteri, Hasliza dan anak mereka Anggun Nurcarissa.
Norhayati Nordin


Tujuh tahun aktif membina karier seni, populariti seakan-akan jauh daripada pelakon Afzan A Rahman, 34. Wajahnya sering dilihat di televisyen menjayakan drama tetapi kalau sebut namanya ramai yang tidak kenal.

Diketengahkan melalui program Anak Wayang di Astro seangkatan pelakon Amar Baharin, Dayana Roza dan Hairi Safwan, nama Afzan kurang menyerlah.

Apatah lagi bapa kepada dua anak ini juga jarang mendapat peluang melakonkan watak utama dan lebih menonjol dengan watak pembantu.

Afzan berkata, dia pernah berasa kecewa apabila kurang diberi peluang melakonkan watak utama, namun sekarang sudah tidak lagi memikirkannya.

“Saya kini bersyukur apabila sentiasa menerima tawaran berlakon. Bagi saya, itu lebih penting kerana sekurang-kurangnya masih ada tawaran kerja.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2016 @ 5:30 AM