PENUNTUT baru Universiti Sains Malaysia (USM) membawa barang keperluan ketika mendaftar diri di Kampus Induk USM, Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong Abdullah
Mohd Hilmi Mahmud


Georgetown: Seramai 3,654 penuntut baru mendaftar di tiga kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di kampus induk, kampus kejuruteraan di Nibong Tebal dan kampus kesihatan di Kelantan, hari ini.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Datuk Dr Muhammad Jantanberkata, kampus induk menerima 2,499 pelajar, kejuruteraan 541 dan kesihatan 614.

"Jumlah itu turut membabitkan 16 Orang Kurang Upaya (OKU), 37 warga sukan, 4 warga budaya, dan seorang warga emas.

"Kita menyediakan segala kemudahan lengkap bagi pelajar istimewa yang mendaftar di kampus ini," katanya.

USM menerima 20,000 permohonan daripada pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan diploma.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2016 @ 2:07 PM