Penolong Fasilitator UMK Bachok, Sharifah Shahira (dua kiri) bersama rakannya, Hasanuddin Sumaila (kiri) membantu pelajar baru serta ibubapa mereka membawa barangan ke asrama di Majlis Pendaftaran Pelajar Baru dan Minggu Mesra Mahasiswa (3M) di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok. FOTO Zaman Huri Isa
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Bachok: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima seramai 1,870 penuntut baharu bagi sesi pengajian 2016/17.

Terdapat 23 jurusan pengajian ditawarkan di tiga kampus iaitu Bachok, Pengkalan Chepa, dekat Kota Bharu dan Jeli masing-masing dengan jumlah 472 pelajar, 1,216 dan 652 pelajar.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed berkata, universiti daripada jumlah itu 70 peratus adalah penuntut perempuan dan selebihnya lelaki.

Katanya, tahun ini seramai 19,934 memohon ke program UMK daripada 94,016 jumlah permohonan keseluruhan.

"UMK sentiasa memberi yang terbaik kepada semua pelajar dan berharap mereka dapat belajar dengan penuh selesa sepanjang pengajian," katanya ketika ditemui selepas Majilis Minggu Mesra Mahasiswa (3M) di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2016 @ 8:01 PM