HELMI dan isteri Juliana Ahmad Zaharin,33, melihat keadaan tiga anak mereka yang berkhatan serentak pada majlis berkhatan anjuran Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang, Bandar Perda, Bukit Mertajam.
HELMI dan isteri Juliana Ahmad Zaharin,33, melihat keadaan tiga anak mereka yang berkhatan serentak pada majlis berkhatan anjuran Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang, Bandar Perda, Bukit Mertajam.
Oleh Muhammad Shalaby Shahbuddin


Bukit Mertajam: Tiga beradik berkhatan serentak membuatkan seorang bapa kelam-kabut dan tidak menang tangan apabila terpaksa melayan kerenah anaknya itu dalam satu Majlis Berkhatan Perdana yang dianjurkan Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang di Bandar Perda, di sini, semalam.

Bapa terbabit, Helmi Hamid, 33, berkata, dia pada mulanya agak tenang namun selepas ketiga-tiga anaknya itu dikhatankan serentak membuatkan dia mula kelam-kabut dan cemas.

"Pada mulanya hanya giliran dua anak saja yang masuk untuk berkhatan, tetapi selepas 30 minit, anak yang ketiga pula masuk untuk dikhatankan.

"Ini membuatkan saya perlu ke setiap katil untuk menenangkan ketiga-tiga anak saya itu semasa proses khatan dijalankan," katanya yang ditemui di rumahnya di Pangsapuri Permata, Bandar Perda di sini.

Helmi berkata, ketiga-tiga anaknya Muhammad Irfan Nabil, 9, Muhammad Irsyad Naqib, 7, dan Muhammad Isyraf Naufal, 6, dikhatankan serentak selepas mendapat berita majlis berkhatan secara percuma dianjurkan Hospital Pakar KPJ Jumaat lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 5:01 AM