SEBUAH Bank di Jalan Seenivasagam, Ipoh menerima ugutan bom kira-kira jam 12 tengah hari tadi. FOTO Supian Ahmad
SEBUAH Bank di Jalan Seenivasagam, Ipoh menerima ugutan bom kira-kira jam 12 tengah hari tadi. FOTO Supian Ahmad
Mohd Hafizee Mohd Arop


Ipoh: Sebuah bank di Jalan Seenivasagam di sini, menerima panggilan bom dari seorang lelaki jam 11.45 pagi hari ini, yang memberitahu akan meletakkan objek berkenaan di bangunan itu.

Namun siasatan dijalankan polis bersama sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB),Unit Anjing Pengesan (K9) dan Forensik kira-kira satu jam di keseluruhan bangunan itu tidak menemui sebarang objek disyaki bahan letupan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.06 tengah hari sebelum anggota bersama tiga unit berkenaan tiba di lokasi kejadian.

Katanya, pemeriksaan dijalankan di keseluruhan bangunan tujuh tingkat itu tidak menemui sebarang objek disyaki bom dan percaya ia adalah panggilan palsu.

"Polis akan menjalankan siasatan terhadap panggilan dilakukan seorang lelaki itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan individu berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Ogos 2016 @ 2:56 PM