ANGGOTA Penguat kuasa KPDNKK meneliti label minuman keras yang dipercayai tiruan.
ANGGOTA Penguat kuasa KPDNKK meneliti label minuman keras yang dipercayai tiruan.
Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Jual arak tiruan dicampur pelbagai kimia bahaya sebagai perisa tambahan. Minuman keras itu yang menggunakan botol dan label produk tulen dikesan diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

Anehnya ramai mangsa gagal membezakan rasa arak palsu dan tiruan itu yang boleh merosakkan organ dalaman berikutan campuran kimia di dalamnya.

Paling dibimbangi kewujudan kimia etanol atau metanol yang boleh merosak ginjal dan hati selain keracunan.

Kegiatan menjual arak jenama terkenal tiruan ini dibongkar susulan tindakan pihak berkuasa menyerbu dua premis menjual minuman keras di Taman Usahawan, Kepong dan Taman Nyanyang, Jinjang Utara di sini,

Dalam serbuan jam 11 pagi semalam, puluhan botol minuman keras pelbagai jenama terkenal dirampas hasil risikan dilakukan anggota bahagian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kuala Lumpur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Ogos 2016 @ 8:37 AM