Zuliaty Zulkiffli


Padang Terap: Seramai 80 peserta membabitkan pelbagai agensi kerajaan di daerah Padang Terap menyertai Eksplorasi Berakit Menyusuri Sungai Padang Terap, di sini, pagi tadi.

Program itu menggunakan 20 rakit yang dihiasi Jalur Gemilang menyusuri sungai sepanjang lima kilometer dari Kampung Tanjung Kiri sehingga ke Dataran Kuala Nerang, di sini.

Pelepasan program itu dilakukan oleh Pegawai Daerah Padang Terap, Mohd Fisol Md Noh dan Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kubang Pasu/Padang Terap, Ir Mohamad Suaimi Ramli pada jam 11 pagi.

Mohd Fisol berkata, program yang julung kali diadakan itu dapat mengimbau cara tradisi menggunakan rakit selain Sambutan Hari Kebangsaan ke-59 esok.

Beliau berkata, selain itu,Sungai Padang Terap akan diperkenalkan sehingga ke peringkat rantau Asean melalui aktiviti berakit dengan membabitkan rakyat dan jabatan kerajaan.

"Penganjuran akitiviti berakit terbesar perlu dianjurkan dengan sokongan kerajaan dan pihak swasta supaya anjuran terbabit mendapat penyertaan dari negara-negara jiran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Ogos 2016 @ 2:19 PM
PESERTA mengawal rakit ketika menyusuri Sungai Padang Terap sempena program Eksplorasi Merdeka di Kampung Tanjung Kiri. FOTO Amran Hamid
PESERTA mengawal rakit ketika menyusuri Sungai Padang Terap sempena program Eksplorasi Merdeka di Kampung Tanjung Kiri. FOTO Amran Hamid