ANA (kanan) dan Ashraf selepas selesai majlis akad nikah. FOTO Muhamad Izzat Nasuruden
Muhamad Izzat Nasuruden


Taiping: Pelakon, Diana Mastura Jaafar atau lebih dikenali Ana Dahlia, 33, sah menjadi isteri kepada Mohd Ashraf Jurey, 33, yang juga anak pengarah, Datuk Jurey Latiff Rosli, di sini, hari ini.

Ana yang popular dengan lakonannnya dalam drama Budak Magis yang ditayangkan di TV3 kelihatan tenang sebaik sahaja akad nikah selesai dilafazkan, 11 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Daerah Taiping, Ustaz Roziman Tajuddin.

Ana yang kelihatan anggun menggayakan busana rona putih menerima RM1,000 sebagai mas kahwin.

Selain itu, Ana menerima lima dulang hantaran daripada Ashraf dan membalas tujuh dulang hantaran.

Majlis itu berlangsung secara sederhana dan dihadiri kira-kira 50 orang ahli keluarga daripada kedua-dua pihak.

Ana dan Ashraf mula berkenalan sejak setahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 30 Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2016 @ 12:17 PM