Tokyo: Polis di Higashiyamato kelmarin menahan seorang wanita berusia 72 tahun kerana membunuh anak lelakinya berusia 54 tahun yang sakit terlantar.

Wanita dikenali Keiko Ikeda itu dilaporkan mencekik mati anaknya lewat Jumaat lalu sebelum menghubungi polis pada jam 11 malam untuk mengakui perbuatannya.

Polis yang datang menyiasat menemui mayat mangsa yang terlantar sakit sejak tiga tahun lalu dengan skaf diikat pada lehernya. Dia dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia.

Ikeda dilaporkan tidak tahan lagi menjaga anaknya itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 5:09 AM