Ummi Nasrah (dua kiri) melupuskan barangan rampasan pada majlis pelupusan barangan kes di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
Ummi Nasrah (dua kiri) melupuskan barangan rampasan pada majlis pelupusan barangan kes di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
Nurul Hidayah Bahaudin

 

 

[email protected]

 

 

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melupuskan pelbagai jenis barangan tiruan bernilai RM760,000 membabitkan 84 kes rampasan pada 2014 dan 2015.

 Pengarah KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ummi Nasrah Othman berkata, semua barangan yang dilupuskan adalah kes rampasan barangan pelanggaran harta intelek mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hakcipta 1987 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

 "Barang kes yang dilupuskan ini adalah hasil rampasan bagi tahun 2014 dan 2015.

 "Semua kes terbabit sudah mendapat arahan mahkamah untuk dilupuskan," katanya pada sidang media Majlis Perlupusan Barang Kes di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

 Antara barangan tiruan yang dilupuskan adalah cakera optik, komputer, pakaian, barangan kulit, kasut, jam tangan dan minyak wangi.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 11:58 AM