NIZAM dan Bella.
Rudy Imran Shamsudin


Bukan sengaja tidak mahu berkongsi tarikh perkahwinan sebelum ini, tetapi ada sebab mengapa pelakon Nazim Othman tidak menguar-uarkannya.

Baginya, selagi pengesahan mengenai majlis tidak diperoleh, dia tidak mahu terburu-buru mengumumkannya.

Baru-baru ini sebagaimana dijanjikan, Nazim berkongsi tarikh itu menerusi laman sosial instagramnya. Nazim dan pelakon mencipta nama, Bella Dally atau Nabilah Ali Dally akan melangsungkan pernikahan pada 10 September ini.

Mereka memilih lokasi di tanah kelahiran Bella di Kota Kinabalu, Sabah diikuti majlis sambut menantu pada 17 September di Johor Bahru, Johor.

Ditemui sewaktu menghantar kad jemputan majlis bakal berlangsung kepada rakan media baru-baru ini, Nazim berkata, perkara paling penting mengapa selama ini dia tidak mahu menghebohkan hubungannya dengan Bella dan tidak memberitahu tarikh pernikahan dirancang kerana bimbang berdepan masalah.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 5:39 AM