AFP

Berlin: Pelantikan Manuel Neuer (gambar) sebagai kapten baharu membuktikan perancangan Joachim Loew untuk membentuk generasi terkini Jerman sebagai persiapan mempertahankan Piala Dunia di Russia.

Misi Jerman untuk ke pusingan akhir 2018 bermula hari ini di Stadium Ullevaal di Oslo dengan menentang Norway pada perlawanan pembukaan kelayakan.

Sejak memenangi Piala Dunia 2014 di Brazil, ketua jurulatih Loew kehilangan lima pemain berpengalaman dengan setiap daripada mereka sudah melakukan lebih 100 penampilan bersama Jerman.

Philipp Lahm, Miroslav Klose, Per Mertesacker, Lukas Podolski dan Bastian Schweinsteiger yang diberi penghormatan ketika menang 2-0 dalam perlawanan persahabatan dengan Finland Rabu lalu, sudah mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa.

Semua empat pemain berkenaan memiliki 604 cap dan 152 gol.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 5:40 AM