Penguat kuasa KPDNKK memeriksa barangan yang dirampas. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Mohd Husni Mohd Noor

 

 

[email protected]

Puchong: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas lebih 1,000 botol sos, kicap dan cuka bernilai lebih RM11,000 daripada sebuah premis memproses makanan di kawasan perindustrian Meranti Jaya, Puchong selepas didapati menggunakan logo halal palsu.

Ketua Unit Perihal Dagangan KPDNKK Selangor Ku Nadiah Che Ku Muni berkata, premis sama pernah di serbu pada 2010 atas kesalahan sama, namun tetap berdegil dan masih menjalankan aktiviti sama.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Akta PerihalDagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) kerana menggunakan logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Serbuan itu dilakukan selepas menerima aduan daripada orang awam selain maklumat yang diviralkan di laman sosial," katanya ketika ditemui sejurus serbuan di sini hari ini.

Katanya, pemilik premis pernah memohon untuk mendapatkan sijil halal bagi produk mereka namun, Jakim menolak permohonan itu kerana tidak memenuhi kriteria ditetapkan.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 5:35 PM