Samsung melancarkan jam pintar Gear S3 dengan dua versi, Frontier dan Classic yang mengekalkan bezel boleh putar untuk kawalan menu jam.

Skrinnya dilengkapi paparan 1.3 inci Super AMOLED dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass SR+ yang direka khas untuk peranti boleh pakai lebih tahan lasak dan tahan calar.

Samsung juga memperkenalkan dua rangkaian bagi Gear S3, satu me­nyokong rangkaian LTE dan satu lagi tanpa LTE.

SPESIFIKASI:

SAMSUNG GEAR S3

Harga: Tidak diperoleh

Sambungan: WiFi, Bluetooth, NFC

Sokongan: Samsung Pay

Ciri: GPS, sensor altimeter, barometer, speedometer

Pemprosesan: Dua core 1.0GHz

RAM: 768MB

Storan: 4GB

Ketahanan bateri: 4 hari

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 6:48 AM