Hadzlihay Hassan


Balik Pulau: Seorang penghantar barang syarikat kargo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencederakan jirannya menggunakan topi keledar ketika bergaduh disebabkan pemasangan kompresor pendingin hawa, Jumaat lalu.

Tertuduh Shamsuri Yusoff, 50, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Nur Azzuin kemudian menetapkan wang jaminan RM3,500 dengan syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa dan mana-mana saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Shamsuri didakwa mendatangkan kecederaan terhadap jirannya Noor Shahfiza Yusoff, 38, pada 12.30 tengah hari di perkarangan blok 2F-1 rumah kos rendah Permatang Damar Laut, di sini, Jumaat lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi manakala tertuduh diwakili peguam Datuk V M Ravindran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 11:55 AM