BUDA (kiri) bersama Othman (tengah) dan Syarul.

Kuala Lumpur: Atlet bina badan negara meraih tiga gelaran Mr Asia pada saingan Kejohanan Bina Badan Asia Ke-50 di Bhutan yang akan berakhir hari ini.

Buda Anchah cemerlang apabila meraih dua kejuaraan menerusi kategori lightweight dan masters manakala Syarul Azman Mahen Abdullah mempertahankan gelaran athletic physique 170sm + 3kg.

“Ini pencapaian yang sangat memberangsangkan. Semua atlet melakukan persediaan rapi di bawah kendalian jurulatih Othman Yahya.

“Buda dan Syarul atlet senior yang menunjukkan keupayaan mereka dalam kategori masing-masing,” kata Setiausaha Kehormat Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) Kamaruzaman Kadir semalam.

Tambahnya, PBBM menyifatkan tujuh atlet yang bertanding pada kejohanan kali ini berjaya mempamer prestasi terbaik masing-masing.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 8:11 AM