PEGAWAI Maritim Malaysia memandu arah penerbangan ikhsan helikopter Agusta Westland AW 139 milik APMM yang membawa Nur Shaurah di Hospital Serdang. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Pasukan perubatan di Hospital Serdang memindahkan Nur Shaurah yang diterbangkan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
NUR Shaurah yang menghidap jantung berlubang dipindahkan dari HRPZ II ke Hospital Serdang. FOTO ihsan APMM
PASUKAN perubatan di Hospital Serdang memindahkan Nur Shaurah yang diterbangkan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
PASUKAN perubatan di Hospital Serdang memindahkan Nur Shaurah yang diterbangkan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan penerbangan ihsan memindahkan bayi perempuan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, ke Hospital Serdang, Selangor, hari ini.

Bayi berkenaan, Nur Shaurah Shahril Nizam yang berusia sebulan menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir dan memerlukan rawatan segera.

Penerbangan medevac menggunakan helikopter Agusta Westland AW139 APMM yang diketuai Leftenan Komander Maritim Mohd Ikmal Ridzuan bersama dua anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, 10 pagi tadi.

Menurutnya, penerbangan itu turut membawa ibu bayi berkenaan, Dr Hazura Hamzah yang bekerja di Hospital Tanah Merah, di sini.

Seorang doktor dan dua jururawat turut mengiringi pesakit bagi mengendali beberapa peralatan perubatan sepanjang penerbangan dan proses pemindahan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 2:50 PM