Skip this ad x
JOHAN (dua kiri) meninjau masalah paip pecah hingga menyebabkan 35,000 penduduk sekitar Kajang terjejas. FOTO Syazwan Msar
Syazwan Msar


Kajang: Masalah bekalan air membabitkan 32 taman perumahan dan pusat komersil di sekitar Kajang yang sudah berlarutan lebih tiga hari dijangka selesai sepenuhnya esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, kerja baikpulih paip yang pecah berhampiran Jalan Sungai Jelok, di sini, hampir selesai dan pengagihan bekalan air kepada lebih 35,000 penduduk yang terjejas akan kembali seperti biasa.

Beliau berkata, kelewatan menyelesaikan masalah bekalan air itu berpunca daripada struktur tanah di kawasan paip pecah berkenaan tidak stabil sekali gus menyukarkan kerja baik pulih dilakukan oleh pihak kontraktor.

"Kemungkinan punca paip pecah apabila jentera berat milik pihak kontraktor yang melaksanakan projek Pembinaan Rangkaian Paip Kumbahan Kajang 1 dan 2 di melalui kawasan terbabit tidak berhati-hati atau kurang peka sekaligus menyebabkan paip berdiameter 15 inci pecah.

"Setakat ini, 80 peratus taman perumahan dan pusat komersil sudah menerima bekalan air sepenuhnya dan dijangka pagi esok masalah berkenaan akan dapat diselesaikan," katanya, ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di sekitar kawasan paip pecah,di Sungai Jelok, di sini, petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 6:48 PM