Keadaan di Plaza Tol Kuala Terengganu yang kurang sesak hari ini berbanding semalam. - Foto MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK
Keadaan di Plaza Tol Kuala Terengganu yang kurang sesak hari ini berbanding semalam. - Foto MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK
Aslina Abu Bakar

Pix Syafiq Ambak

Kuala Nerus: Keadaan lalu lintas trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2) hari ini, bergerak lancar di kedua-dua arah jalan utama dan semua plaza tol sehingga jam 5 petang ini.

Tinjauan Harian Metro mendapati kesesakan hanya berlaku kira-kira 50 meter dari arah utara menghala ke Plaza Tol Kuala Terengganu, dekat Gemuruh.

Jurucakap Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) berkata, keadaan lalu lintas bergerak lancar sejak pagi.

“Keadaan laluan di Plaza Tol Kuala Terengganu dekat Gemuruh kembali pulih jika dibandingkan dengan semalam yang mengalami kesesakan sepanjang hampir tiga kilometer.

"Kesesakan hanya berlaku di laluan susur keluar plaza tol berkenaan iaitu 50 meter.

“Kita membuka empat laluan dan lima kaunter tunai di plaza tol itu bagi memastikan urusan pembayaran berjalan lancar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2016 @ 5:34 PM