ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa tersepit. FOTO Mohd Shafik Zainol Abidin
Mohd Shafik Zainol Abidin


Alor Gajah: Tiga maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Machap-Durian Tunggal, 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Semua enam mangsa iaitu pemandu dan penumpang Proton Waja dan Toyota Vios yang tersepit dalam kereta dinaiki dikeluarkan anggota bomba.

"Kami sedang kenal pasti identiti tiga mangsa yang maut dalam kemalangan itu. Mayat mereka dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah (HAG) untuk bedah siasat.

"Manakala tiga lagi yang parah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2016 @ 8:36 AM