TENGKU Dr Muhammad Fa'iz Petra mengaminkan doa selepas selesai menunaikan solat sunat Aidiladha. Turut hadir, Tengku Mohammad Rizam, Ahmad Yakob dan Mustapa Mohamed . NSTP/FATHIL ASRI.
Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


Kota Bharu: Lebih 5,000 rakyat Kelantan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Muhammadi di sini, hari ini.

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Fa-Iz Petra berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid berkenaan.

Baginda tiba pada 8.20 pagi turut diiringi Tengku Temenggong Kelantan Tengku Rizam Tengku Aziz.

Turut hadir sembahyang sunat berkenaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2016 @ 11:26 AM