SEORANG mangsa maut di lokasi kejadian. FOTO Adnan Ibrahim
Adnan Ibrahim

Kluang: Seorang warga emas dan dua lelaki maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Kilometers 45, Jalan Batu Pahat-Mersing berhampiran Taman Ria di sini, 12:40 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, mangsa maut dikenali Mohamed Hassan Ali, 65; Noraripen Surni, 48; serta Muhamad Hafiz Ghazali, 21.

"Kejadian dikatakan berlaku apabila motosikal yg ditunggang Mohamed Hassan dan dibonceng Noraripen keluar dari Taman Ria untuk balik ke rumah di Taman Seri Lalang.

"Sebaik memasuki jalan utama, motosikal ditunggang Muhamad Hafiz yang datang dari arah Kluang menuju ke Air Hitam tidak sempat mengelak menyebabkan dia merempuh pasangan itu," katanya.

Katanya, Muhamad Hafiz meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Mohamed Hassan dan Noraripen meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHKK) Kluang.

Katanya, seorang lagi penunggang motosikal iaitu Mohammad Ekmal Yussry Md Yassin, 21, yang parah turut dirawat di hospital sama.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2016 @ 11:34 AM