MUSTAPA (dua kanan) dan SM Faisal (kanan) memperkenalkan varian CKD Aprilia Shiver 750.
Oleh Erywan Norshal


Kuala Lumpur: Naza Premira Sdn Bhd melancarkan motosikal berkuasa tinggi, Aprilia Shiver 750 yang melakukan pemasangan tempatan (CKD) di sini, hari ini.

Motosikal itu bakal dipasang di kilang Naza di Shah Alam, Selangor, awal tahun hadapan.

Jentera keluaran Itali itu menjadi model pertama jenama Aprilia yang melakukan pemasangan di luar negara berkenaan.

Menariknya motosikal varian CKD adalah harganya yang lebih rendah berbanding model import sebelum ini.

Motosikal yang menggunakan rangkaian kuasa V-Twin bersesaran 749.9 cc dijual pada harga RM43,888 dengan ditawarkan dua tahun jaminan.

Majlis pelancaran Aprilia Shiver 750 itu disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Disember 2014 @ 12:48 PM